Selasa, 4 Disember 2012

Apa kita perlu ketahui dalam filem Bini Biniku Gangster? kita dapat pengajaran serba sedikit unsur komedi yang baik n tidak baik.






First saya nak kongsi pad korang semua adalah Unsur komedi yang sesuai dan tidak.
Hampir keseluruhan komedi yang terdapat didalam filem ini boleh ditonton ramai dan boleh diterima pakai terutama sekali ketika Manja (watak Yana) digelakan oleh anak buah kerana berpakaian merah jambu di rumah kerna amat berlainan ketika diluar rumah. Tapi bagi lawak yang tidak sesuai pula ketika Manja dan Riana menunggu Hairi diatas katil dan kemudian Hairi masuk dengan memegang sesuatu yang melambangkan tidak baik.saya tidak tahu korang persaan or tak, tapi apa yang saya lihat begitu, jadi pandai-pandailah kita menilai ok hehe ^_^..

second adalah Watak yang menarik dan tidak menarik.
Dua orang anak buah Manja sangat ‘hidup’ wataknya. Kemunculan mereka berdua pasti membuatkan penonton rasa geli hati. Lihat sahaja dari memek muka mereka berdua pasti korang tergelak. Watak tidak menarik pula jatuh pada Hairi. Ini kerana masih ada manusia yang rela diri mereka dibuli tanpa melakukan apa-apa. Kalau Saya, tak nak lah di buat begitu, betul tak? korang setuju atau tidak?? hehe ^_^  J

Third ialah  saya mahu kongsi pasal kesilapan yang ada dalam movie ini.
Memang tiada yang sempurna dalam dunia ini termasuk juga dengan saya, Tapi apa yang saya perasan tentang kesilapan yang berlaku dalam filem ini adalah ketika babak Manja masuk ke dalam rumah sebelum menerima gambar Hairi bersama Riana. Apa yang saya perasan, ketika Manja masuk sahaja kedalam rumah, dia sudah campak beg yang dibawa sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Tapi ketika dia duduk diluar saya nampak Manja masih menggantung beg tersebut. Lagi satu kesilapan yang saya perasan adalah ketika watak wanita misteri bergaduh diakhir cerita. Pada satu kamera ada menampakan lelaki kena belasah diatas lantai, manakala pada satu lagi kamera, lelaki tersebut tiada. Korang boleh tengok nanti..jadi pandai-pandailah kita menilai ar  hehe..  ^_<





Walaupun, cerita aksi komedi. at least ada juga moral dia. Untuk isteri dan juga bakal isteri. Ingatlah, Suami didahulukan, Percapaian diutamakan. Tapi untuk cerita nie, memang pujian harus diberikan pada pelakon Sidekick cerita ini, Zalif Sidek. Memang best lakonan dia. setiap kali scene dia, mesti ada lawak punya. Hampeh tul. Kalau tak silap  akan datang Zalif Sidek akan jadi hero untuk filem Papa I Love You bersama Lisa Surihani & adik Mia Sara. Tengok Preview cam best ja. jangan lupa tengok ok hehe..

Dalam part ini, saya nak kongsi pada korang semua pasal picture ne, korang tahu tak apa yang Manja Herry and Reanna buat,time ne Manja nak berjumpa dengan Reanna sebab apa? sebab ada orang yang hantar gambar Reanna dan Herry di rumah manja. Sedih jugalah sebab Manja suru c Reanna berkahwin dengan Herry sebab mereka tidak mempunyai anak, jadi di sini kita dapat pengajaran serba sedikit di mana Manja sangup berkorban demi cinta dia pada suaminya Herry.tapi yang sedihnya juga Reanna telah menipu mereka berdua, repanya Reanna ne ketua gansgter juga. nak tahu lebih langut lagi tengok lah filem ini.bole bah kan??

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya mahu kasih tengok pada korang semua pasal movie ne and ticket time saya pergi tengok di panggung wayang..jangan jeles ar hehe..



cara dorang menpromosikan filem  ^_^
nelah dia ticket wayang ^_<




hebat sanga bila kak yong (manja) berlawan, sangat seronok, sebab kak yong ne comell.. dan apa yang paling penting kak yong n sangat kuat itulah dia di panggil kak yong, ketua gangster namanya, tapi bukan gangster yang jahat tapi gangster yang baik di mana mereka menyelamatkan orang-orang yang di ganggu oleh min siam.



Isnin, 3 Disember 2012

What is interesting in this Filem?


Menarik dalam filem    



           Filem ini tiada kena mengena dengan filem "my wife is a gangster", lagi pun  filem "my wife is a gangster"  ne saya belum pernah tengok, tapi dengar2 filem ne hebat juga hehe.. ok sekarang  saya nak kongsikan serba sedikit apa yang menarik pasal filem ini ya. 


          Suka Manja (Yana Samsudin) dalam cerita ni. Comel sangat. Dia comel dan lakonan dia dalam cerita ni pun comel. Apa lagi  kalau ada part dia dengan Herry (Shaheizy Sam). bertambah comel. I think saya pun comel macam durang hehe..

Aku mengharapkan saya ketawa terbahak-bahak dalam cerita ni. Tapi entah lah, mungkin expectation saya tinggi . Kalau ada part lawak pun bila ada Shaheizy Sam dan bila part dia berdua dengan Yana .






Entah kenapa lah saya suka watak Yana dalam cerita ni. Semua pasal dia dalam cerita ni saya suka. Memang kena sangat lah watak tu dengan perwatakan dia. Outfit dia time dia jadi gangster pon saya suka jugak. Simple and stylo je bila dia lawan-lawan : ^_^




Dialog "abang ada kat mana tu...?" "emmm abang dekat dalam hati anje.....". saya rasa dialog ni simple je. Tapi tah kenapa saya boleh gelak pulak bila part ni..sebab Herry Comel time tu haha.. kecian Manja menunggu suaminya pulang, Herry juga kecian sebab banyak kerja yang perlu di buat. kecian2..


Shaheizy Sam dengan Yana dalam ni sweet sangat. Kalau dalam alam realiti ada laki bini macam tu mesti best kan??. Sebab Yana tu sayang gila dekat Sam. Even dia sayang gila dekat Sam tu tapi dia izinkan jugak Sam tu kawin lain sebab mereka tak ada anak. Part dia izinkan Sam kawin lain tu macam sedih jugak lah. Bergelinang air mata tengok. Even cerita ni kelakar, ada jugak maksud yang mendalam yang nak disampaikan .



            


        Part ne pun comel di mana Zun & Boy gelak berabis bila BOS mereka memakai pakaian pink dan buat kerja rumah. Zun & Boy ingat ketua gangster tak pandai pakai baju pink hehe.. ^_<
kita jangan ingat tau wanita gangster ne tak pandai buat kerja di rumah, and jangan ingat mereka pandai berlawan saje ya hehe..walaupun gangster mereka tak lupa tanggungjawab sebagai wife tau, remember this J



          INI pun sangat best bila MANJA dan REANNA bertembung dengan anak buah masing masing, sangan best lah. Manja merasa tertipu bila Reanna berpura pura baik di depan suami mereka iatu Herry.
Time part ne juga Herry telah menelefon mereka berdua. Lawak lah sebab ketua gangster adalah perempuan or girl.. >_<..





         Kalau korang nampak part di sini sangat kelakar sebab suami mereka sedang membaca peraturan sebagai suami isteri tapi nak tahu apa Manja dan Reanna buat di belakang .. mereka bertengar main tarik tarik rambut, sangat luculah sampai saya pun sakait perut nah gelak. korang nak cuba gelak? jom lah tengok movie Bini Biniku Gangster.. peace J


J
Last sekali saya nak kongsi dengan korang benda-benda yang menarik dalam filem ini adalah, awal pagi Manja dan Reanna dah bertengar di dapur tapi bila Hery sampai mereka berpura baik dan mengucapkan sesuatu:
MANJA : Sayang, selamat pagi.. maaf, dapur bersepah sedikit kami    cuba resipi baru.
REANNA:Sabar abang, ya?sekejap saia lagi.                
nelah ucapan mereka,agak kelakar lah tapi sweet hehe ^_^..




Harap korang terhibur ya bila baca, selamat petang semua.. ^_<..


Sabtu, 1 Disember 2012

Penerbit, Kutipan and Syarikat Penerbit:


Penerbit @ Syarikat Penerbit
       




Heloo..  J

Korang dah sarapan ke??
kalau belum jom sarapan dengan saya hehe..
  
JJ


      
       Pengarah filem Bini Biniku Gnagster juga diarahkan oleh pengarah filem Ngankung merupakan filem ketiga Ismail Bob Hashim  berkonsepkan aksi komedi  sama seperti filem kongsi yang di tayangkan pada awal mei 2011 telah mendapat kutipan pecah pangung untuk tempoh seketika. Lebih kurang juga dengan kutipan  filem Bini Biniku Gangster yang mencecah RM3 juta dalam tempoh enam hari. Syarikat penerbit adalah syarikat Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.




Perlakon utama dalam file mini:



        Shaheizy Sam sebagai Herry (Pelakon Utama)
Herry adalah seorang suami yang baik hati di mana dia berlaku adil terhadap kedua isterinya.
walaupun dia mengetahui isterinya selalu bertengkar bila di belakangnya.










YanaSamsudin sebagai Manja (Pelakon Utama)
Manja adalah seorang isteri yang taat kepada suami, walaupun sibuk dengan kegiatan iaitu ketua gangster namun dia tidak lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Herry.Manja juga sangup berkorban demi cintanya pada Herry, di mana dia sanggup bermadu dengan Reanna supaya suaminya mendapat zuriat.






Intan Ladyana sebagai Reanna (Pelakon Utama)
Reanna adalah isteri kedua Herry, di mana dia juga mempunyai anak buah seperti Manja. Dan tujuan sebenar Reanna berkahwin dengan Herry adalah semata-mata untuk membalas dedam untuk abangnya iaitu Min Siam.








Zul Handyblack sebagai Muza (Pelakon Pembantu)
Zul atau Muza adalah anak buah manja, mereka selalu membantu Manja untuk menyelesaikan masalah di luar.










                     Boy Iman (pelakon pembantu)   
Boy juga merupakan anak buah manja, d mana mereka selalu membantu manja apabila di dalam kesedihan dan sebagainya.










Alex Yanz (Pelakon pembantu)
Alex atau pun Min Siam, merupakan ketua gangster,  dia berkelakuan kurang baik, selalu menganggu keamanan di kawasan Manja,.walau bagaimana pun dia tewas di tangan Manja.






       Korang nak tahu ke bila filem ini di keluarkan? Mestilah nak tahu kan?? Hehe..
ok di sini saya bagi tahu ya, tarikh dia d keluarkan pada 22 september 2011 lagi, wauu dah lama rupanya, sekarang dah tahun 2012, genap setahun dah filem bini biniku gangster ne, tapi filem ne tetap mantap and still ada di letop saya hehe...korang macam mana pulak??

Ok sekarang saya nak bagi tahu pula  lagu tema filem ne, syokk tau orang bilang JIWANG hehe J


                  LAGU TEMA BINI BINIKU GANGSTER - KASIH-DINA (YOUTUBE)

Pandai pandailah korang cari di Youtube ar..  bye.. ^_^ 



Synopsis of the movie "Bini-biniku Gangster"


Synopsis of the movie Bini-biniku Gangster




HAII SEMUA.. Good afternoon..

I hope korang semua baik-baik saja,,petang petang begini korang buat apa? jom lah minum petang sama-sama, sambil itu kita boleh tengok orang kat taman kanak-kanak,,and people mandi at swimming pool.now musim holiday, so  many people who go out to jogging and so on.

Ok saya tidak boleh bercakap banyak sebab petang ne saya nak ceritakan synopsis about the movie Bini biniku Gnagster. saya percaya pasti ramai dah yang tengok movie ne, but i still mahu kasih tahu juga synopsis dia hehe..


Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.


Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.



I hope korang enjoy lah baca synopsis ne..ok dah petang saya nak bersenam with my friend, korang pula jangan duduk kat rumah je tau,nanti tak sihat macam saya hehe..lagi pun bersenam adalah satu amalan yang baik untuk kesihatan kita semua.. k bye.. see u later.. ^_< ..  J

Jumaat, 30 November 2012

About myself


ROSNAWATI l            




Haiii semua... :) 

Saya Rosnawati L, Berasal dari Kota Marudu, saya lahir pada tahun 1992 bulan 8 hehe.. saya ne girl yang comel (jangam marah) , just kidding je, saya ne still school lagi,sa school di kolej College Cosmopoint  and  hujung tahun ne saya habis dah, doakan saya ya supaya dapat kerja when saya keluar nanti hehe..   
   

but post pertama saya ini, saya Cuma nak ceritakan pasal diri saya saja, nanti lah bila ke post yang kedua baru saya ceritakan mengenai topic saya IAITU Bini biniku Gangster ok, harap korang bersabarlah heheh..

Ha saya baru saja terfikir bagaimana nak buat blog, so hari ini saya nak mulakan post saya yang pertama. Sekarang pukul 1 pagi, rasa macam awesome gila sebab hari ini adalah  01 DECEMBER 2012, hampir nak krismas dah, saya harap korang semua dah mula buat persiapan untuk krismas ne ya. And i hope so far a good.

Anyway, esok holiday tapi tidak tahu nak pergi mana,sebab my housemate semaunya balik kampung (very sad), nak jalan tapi tak ada teman, siapa yang sudi temakan saya jalan??
tak ada ke? Sedih tak ada 1 orang pun yang sudi hehe..
Apapun bagus juga tidak dapat jalan sebab saya boleh siapkan assignment  saya yang berlambak hehe.. kadang-kadang baik juga duduk kat rumah saja, sebab banyak benda yang kita boleh buat contonya :  
v  Kemas rumah
v  Cuci kain
v  Buat assignment
v  And so on..

Dah lah, lewat malam dah, jom tidor tak baik lewat-lewat tidur terutama for girl. Nanti tak manis bila tidur lewat, jangam marah gurau je. Saya minta maaf jika ada tersalah cakap atau ada yang tersasul, maklumlah ini adalah post pertama saya. Harap korang boleh terima.
thank and take care..
J



J Movie Bini Biniku Gangster J


J Me.. J