Sabtu, 1 Disember 2012

Synopsis of the movie "Bini-biniku Gangster"


Synopsis of the movie Bini-biniku Gangster




HAII SEMUA.. Good afternoon..

I hope korang semua baik-baik saja,,petang petang begini korang buat apa? jom lah minum petang sama-sama, sambil itu kita boleh tengok orang kat taman kanak-kanak,,and people mandi at swimming pool.now musim holiday, so  many people who go out to jogging and so on.

Ok saya tidak boleh bercakap banyak sebab petang ne saya nak ceritakan synopsis about the movie Bini biniku Gnagster. saya percaya pasti ramai dah yang tengok movie ne, but i still mahu kasih tahu juga synopsis dia hehe..


Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.


Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.



I hope korang enjoy lah baca synopsis ne..ok dah petang saya nak bersenam with my friend, korang pula jangan duduk kat rumah je tau,nanti tak sihat macam saya hehe..lagi pun bersenam adalah satu amalan yang baik untuk kesihatan kita semua.. k bye.. see u later.. ^_< ..  J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan